Wednesday, August 22, 2007

Palestin Dalam Islam

Lebih 3 bilion juta umat manusia seluruh dunia iaitu lebih separuh populasi dunia mempercayai yang Palestin sekurang-kurangnya sebahagian tempatnya adalah suci. Tiada tempat di dalam dunia ini menempatkan tempat suci … Bagi ketiga2 agama Ibrahim (Islam, Kristian dan Yahudi ) dan agama2 serpihan yang lain ,Palestin adalah suci yang menempatkan tempa2 suci yang utama.

Kebanyakan Yahudi, Palestin adalah tanah di mana Nabi Yaakob (saw) datuk kepada kabilah Israel tinggal bersama dengan anak2nya. Ia adalah tanah di mana beliau melarikan diri bersama Nabi Musa daripada Firaun. Mereka tinggal dalam suasana yang aman di bawah pemerintahan Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman. Di situ mereka mendirikan kerajaan Israel dan Judah dan kemudiannya di musnahkan oleh kerajaaan Assyrian dan Babylon.

Bagi Kristian , Palestin merupakan tanah di mana Nabi Isa dilahirkan dan menyebarkan agamanya. Mereka juga mempercayai Nabi Isa mati di situ untuk menyelamatkan umat manusia dan dibangkitkan. Ia digambarkan di dalam cerita dengan menyebut nama2 seperti , Gereja Al-Mahd di Bethlehem , Gereja Nativity , tempat lahir beliau, Gereja Qiyamah yang merujuk kepada kebangkitan beliau di muka bumi ini.

Bagi Muslim, bersependapat dengan Nabi2 dari bani Israel dan agama Kristian. Kesemua di atas merupakan sebab Muslim menganggap Palestin adalah suci. Yaakob, Yusuf , Daud, Sulaiman, Yusha’ dan Isa kesemuanya Nabi2 yang berjuang memerangi kejahatan dan Islam merupakan pelengkap kepada apa yang mereka perjuangkan. Bagi Muslim, Palestin adalah bumi kepada Nabi2.Di antara Nabi2 yang disebut di dalam Al-Quran dan Sunnah ada 14 orang Nabi yang pernah berdakwah atau mati di situ. Selain daripada yang disebut di atas adalah , Ibrahin, Lut, Ismail, Ishaq, Syu’aib, Zakaria, Yahya dan Muhammad SAW.

Masjid Aqsa
Kiblat pertama (arah di mana Muslim melakukan solat) berada di Al-Quds, Jerusalem. Ia merupakan tempat ketiga suci selepas al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Bersolat di Masjid Aqsa bersamaan dengan 500 pahala sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah. Ia merupakan masjid kedua dibina di bumi selepas Kaaba di Mekah.

Ia merupakan tempat di mana Rasulullah di angkat ke langit ke syurga (Mi’raj ) selepas perjalanan daripada Mekah (Isra’) . Semenjak itu , Muslim mengelarkan masjid tersebut sebagai “Pintu Syurga”. Di dalam perjalanan itu, Rasulullah telah mengimamkan solat malam di Masjid Aqsa. Ia merupakan satu penghormatan diberikan kepada bumi tersebut dan kepada umat Islam, menunjukkan kepimpinan dan mempromosikan keimanan ke seluruh dunia menjadi tanggungjawab mereka. Ia merupakan satu perjalanan yang menyebabkan 5 kali solat sehari diperintahkan.

Palestin juga digambarkan sebagai suci dan dirahmati di dalam Al-Quran dan Sunnah. Ia adalah buni perjuangan dan barangsiapa yang tinggal di dalam dan sekitarnya di anggap sebagai Mujahideen (pejuang di jalan Allah). Di dalam satu hadith , ada satu kumpulan Muslim yang benar dan akan menang tinggal di Palestin dan sekitarnya.Nabi Muhammad SAW telah bersabda “Akan ada satu golongan di kalangan umatku yang sentiasa berpegang kepada kebenaran dan tidak akan beralih walau apa jua yang mereka hadapi ”. Sahabat bertanya “Siapakah mereka ?”. Baginda menjawab “di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

Jika di kaji sejarah, ramai pendakwah2 yang terkenal berasal , berdakwah atau tinggal di Palestin. Di antara mereka merupakan nama yang berpengaruh dalam membentuk mentaliti Muslim seperti mengikut kronologi sejarah , Raja ibn Hayat Al-Kindi, Rooh Ibn Zinbac, Malik Ibn Deenar , Imam Al-Awza’I, Sufyan al-Thawri , Ibn Shihab Al-Zuhri , Imam As-Shafi’ , Ibrahim ibn Adham , Al-Laith ibn Sa’ad , Abu Bakar Al-Jerjanee, Ibn Qudama Al-Maqdisee. Tokoh2 lain adalah Abdulhameed ibn Yahya (atau dikenali juga Abdulhamid Penulis kerana tugas beliau menubuhkan seni formal penulisan dan dokumentasi Arab), Ahli Kimia , Khalid ibn Yazeed al-Umawee dan pemimpin tentera yang menakluk Andalusia , Musa ibn Nusair.


Tanah Milik Siapa ?

Bumi yang dijajah

Kemashuran Palestin telah datang semenjak 80 tahun yang lalu di antara populasi asal penduduk Arab dan imigran Yahudi Zionis yang menumpang dan kemudian berusaha menubuhkan entiti politik mereka sendiri , “Negara Israel”, menghapuskan populasi penduduk asal. Zionisme secara ringkas adalah ideologi politik yang mempercayai penubuhan pendudukan nasioanal Yahudi di Palestin. Ia akan berusaha dengan segala upaya dan apa jua dan keganasaan adalah agenda paling atas.Segala tindakan dan kepercayaan di bolehkan dengan hujah2 agama dari kitabYahudi dan argumen2 sejarah dari kitab Perjanjian Lama.

Walaubagaimanapun, bukan semua Yahudi berfahaman Zionis dan pengamal Zionis adalah berbangsa Yahudi.Terdapat di antara Yahudi adalah anti Zionis dan kebanyakan meraka adalah beragama Kristian Protestant. Dalam hasrat mereka untuk mencapai impian, penganut Zionis ini telah memerangi membunuh dan mengusir bukan sahaja penduduk di dalam Palestin malah di luar Palestin yang mana telah cuba mendapatkan perlindungan di Lebanon. Walau bagaimanapun, pengamal Zionis tidak menganggap mereka yang terbunuh dan diusir itu sebagai mangsa malah tindakan mereka itu di anggap sah dab beretika kerana mempertahankan “hak mutlak” Yahudi menduduki Palestin. Mari kita mengkaji apa yang kononnya di anggap hak mutlak tersebut.

Tuntuan Agama Yahudi Zionis

Sebagai umat terpilih , Tuhan telah mengurniakan bangsa Yahudi dengan tanah yang diberkati. Tanah yang dipenuhi susu dan madu yang mana didirikan di situ sebuah kerajaan yang hebat. Di situ juga mereka telah diusir oleh bangsa Assyrian. Ini adalah masa untuk mereka kembali ke tanah asal yang telah dikurniakan oleh Tuhan dan mengahiri penderitaan mereka selama 2 millenium Diaspora. Retorik ini tercatat di dalam kitab Perjanjian Lama.

“Tuhan berkata kepada Nabi Ibrahim : Tinggalkan tanah kamu kabilah kamu, rumah ayah kamu dan pergilah ke tanah yang aku tunjukan kepadamu. Jadi , Ibrahim pergi ke tempat yang di arahkan, iaitu tanah Canaan, Tuhan muncul sebeum Ibrahim dan berkata “Aku berikan kepadamu tanah ini” (Buku Pencipta , 12/1) dan “Ibrahim tinggal di tanah Canaan dan Tuhan berkata kepadanya, Angkat pemandanganmu dan lihatlah sekeliling , utara, selatan, timur dan barat kerana apa yang kamu dapat lihat itu adalah merupakan tanah yang aku kurniakan kepadamu selamanya” (Buku Pencipta, 13/14)

Kitab Perjanjian Lama turut menceritakan:
“Tuhan telah mengurniakan tanah ini daripada sungai Egypt kepada sungai yang hebat , Euphrates” (Buku Pencipta, 5/15).

Walaubagaimanapun, ini patut jelas kepada semua orang bahawa jaminan tersebut hanya sah kepada para pengikutnya sahaja. Jadi, orang Yahudi tidak ada hak untuk memaksa orang Muslim dan Kristian, yang tidak mempunyai kepercayaan yang sama untuk menyerahkan kepadanya

No comments: