Thursday, July 19, 2007

Penghargaan

Al-Falah dengan bangganya memberikan kepada para pembaca budiman yang ingin mencari kebenaran di dalam subjek ini, kerja penulisan ini telah dimulakan di dalam bahasa Arab dan diterbitkan oleh Arab Media Center di bawah tajuk Dirasat Manhajiyah Fi Al-Qadiyyah Al-Falastiniyyah pada tahun 2003 dan kemudian telah diterbitkan online di laman web landofpalestine . Buku yang ada sekarang ini , telah di lakukan sedikit pengubahsuaian dan perubahan di bahagian subjek dan kandungan berdasarkan versi online.

Al-Falah berasa terhutang budi kepada Dr Mohsen M. Salleh kerana usaha2 beliau dalam menyebarkan kesedaran terhadap isu kritikal ini. Terima kasih dan penghargaan dipanjangkan kepada Arab Media Center kerana terbitan berharga.

Al-Falah ingin mengucapkan terima kasih kepada sidang redaksi yang menyediakan teks untuk terbitan ini iaitu Dr. Abdelahamid Eliwa, Naseema Mall, Ahmad Ammar, Ni’mah Shahir dan Khaled Wady.

Akhirnya, segala pujian2 kepada Allah kerana tanpa pertolonganNya dan petunjukNya, tiada apa yang boleh dicapai.

Pendahuluan

Islam menguat dan menyatukan komuniti Muslim melalui 5 prinsip iaitu Creed of Islam, Syari’ah, budayanya, intergriti Ummah dan keindahah Islam itu sendiri.

Kesatuan Ummah yang merupakan payung yang mana menyatukan semua kaum, puak, bangsa dan negara. Justeru, entiti Ummah menjadi satu jasad. Bilamana salah satu bahagian jasad mengalami kesakitan, bahagian yang lain akan membantu. Muslim saling menbantu sesama Muslim. Bilamana adanya laungan “Wa Islamah”, maka seluruh Muslim akan bangkit. Di bawah perlindungan kesatuan ini, Muslim, di dalam tempoh masa 80 tahun telah menakluk negara lain dan mencapai kecemerlangan yang tidak pernah sama sekali dikecapi oleh kerajaan Rom dalam abad ke-8. Di situ terdapat perbezaan besar antara Muslim yang membebaskan manusia dengan hanya memperhambakan mereka. Muslim di kenali dengan keberanian mereka menentang penjajah dan menghadapi apa jua cabaran yang getir. Mereka telah berjaya menundukkan tentera Salib yang telah melancarkan peperangan Barat terhadap Muslim peringkat antarabangsa yang berakhir dalam 2 dekad, (486-690 A.H) (1096-1291 A.D). Kerajan Tatar telah ditundukkan dan kemudian telah memeluk Islam lalu menjadi sekutu kuat Muslim.

Bersama kejayaan ini, Muslim telah menjadi Ummah yang begitu bertamadun manakala Barat menderita dengan kejahilan, mistik dan hilang punca.

Pada 897 A.H. (1492 A.C), Kolonialisme telah menyerang tanah Muslim bermula dengan rampasan Gharnatah (Granada). Pada tahun 1213 A.H (1798 A.C), Egypt yang merupakan nadi kepada dunia Islam telah di panah oleh kempen jahat Napoleon Bonaparte . Pada tahun 1342 A.H (1924 A.C), Sistem Khalifah telah musnah. Kolonialisme besar-besaran ini telah memecahkan dunia Islam menjadi serpihan. Setiap negara2 daripada Ummah Muslim telah berjuang bagi kemerdekaan masing2. Untuk tujuan menjadi tuan kepada dunia Islam dan menghapuskan sebarang usaha penentangan , maka entiti Zionis telah ditubuhkan di Palestin. Ia telah dan sedang menjadi barah yang memecahbelakan kesatuan umat Islam dan menyekat sebarang usaha2 kebangkitan. Walaupun pengaruh nasionalis telah mula tersebar di kalangan Muslim yang berpendidikan Barat, umat Islam di negara2 Islam tetap berusaha sedaya upaya bagi mengembalikan kesatuan Ummah. Mempertengahkan isu Palestin akan mengembalikan kesatuan negara2 Islam.Ia mewakili pelbagai sudut. Patriotisme rakyat Palestin, Nasionalisme Arab dan kepercayaan Islam. Isu Palestin telah dan akan menjadi perjuangan menentang Kolonial Zionis yang sedang menakluk Masjid Aqsa, al-Quds Sharif dan seluruh Palestin.

Isu Palestin berhubung status Masjid Aqsa sebagaimana masjid2 lain. Ini adalah point utama yang mana umat Islam harus utamakan. Dengan cara ini, benteng patriotisme dapat dipecahkan yang mana boleh menyekat mereka daripada menyokong isu ini.

Buku ini menggariskan dan menerangkan elemen2 penting isu ini. Ia menerangkan fakta2 utama secara politikal , intelek dan bertamadun. Teks yang dihasilkan mudah difahami. Setiap dari mereka yang ingin mencari keadilan dan kebenaran akan memahami mesej ini. Ini adalah tulang belakang permasalahan konfliks ini diceritakan. Buku ini ditulis oleh Dr Mohsen Salleh, dan boleh di katakan sumber maklumat penting kepad isu terpenting yang dihadapi umat Islam sekarang.

Semenjak bahaya Zionis mengancam daerah2 Muslim bermula dari Ghana ke Indonesia dan dari Sungai Volga ke selatan Equador, isu ini menjadi simbolik kepada konfliks di antara Muslim dan musuh Islam di setiap tempat dan masa. Juga , ia merupakan pintu kemenangan Ummah terhadap musuh dan segala cabaran Order Dunia Baru. Ini merupakan misi buku ini. Ia membangkitkan kesedaran, strategi dan point penting isu Palestin terhadap negara, Islam dan peringkat antarabangsa. Kami berdoa pada Allah agar ia memberi faedah kepada para pembaca dan juga memberi balasan berganda kepada penulis.

Dr Muhammad ‘Imarah

Palestin, namanya.

Palestin memperolehi namanya daripada pendatang-pendatang Mediterranean yang datang dari selatan kepulauan Greek dalam abad ke-12 Sebelum Masihi, dan terkenal sebagai "orang laut". Dalam tulisan Mesir tua, mereka telah dirujuk sebagai P.L.S.T, N ditambah kemudian mungkin untuk menunjukan bilangan yang banyak bagi kata nama itu; mereka ini merujuk kepada kaum Philistines. Tanah itu, sebelum ini dikenali sebagai Tanah Canaan, mengambil gelaran dari peneroka-peneroka baru dan datang dikenali sebagai Palestin. Sepanjang berabad-abad dalam pemerintahan Islam, Palestin pernah menjadi bahagian penting dalam satu unit geografi yang begitu besar, Bilad Al-Sham atau Kehebatan Syria, di bawah daerah atau "Jund" dalam bahasa ketika itu. Dalam daerah Palestin ini merangkumi satu bidang yang lebih besar daripada yang sedia ada sekarang. Sempadan-sempadan baru telah ditetapkan sewaktu penjajahan Inggeris (1918 1948), dan dibawah perjanjian Sykes-Picot di antara Perancis dan Britain yang telah membahagikan wilayah-wilayah bekas Kerajaan Uthmaniyyah. Sempadan-sempadan akhir dengan Syria dan Lebanon telah ditetapkan dari satu persetujuan Franco-British pada 1920, manakala sempadan-sempadan dengan Trans-Jordan telah ditetapkan oleh Pihak Tertinggi British pada 1922, dan dengan Mesir telah ditetapkan pada 1908 oleh Uthmaniyyah dan orang Mesir Khedive. Semenjak itu, kawasan-kawasan Palestin termasuklah di barat Sungai Jordan, selatan Gunung Lebanon.

Bab 1 - Bumi Palestin

Palestin adalah sebuah kawasan yang terletak di barat daya sebelah Asia; ia bersepadan dengan Lebanon dari sebelah utara, timur laut Syria, timur Jordan, selatan Laut Merah, Sinai dalam barat daya Mesir dan dari barat Laut Mediterranean. Bumi Palestin pertama direkodkan daripada tamadun sejarah manusia di bandar Jericho yang telah ditubuhkan sepuluh ribu tahun dahulu. Semenjak itu, ia telah didiami oleh puak Canaanites dan pendatang-pendatang laut Philistines yang tinggal bersama-sama di situ. Ia selepas itu diserang oleh orang-orang Rom, Yahudi, Moguls, dan mubaligh Kristian.

Sejak abad ketujuh, kebanyakan penduduknya beragama Islam dan bersatu di bawah pemerintahan Islam hingga 1917, tahun kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, apabila Palestin di bawah pentadbiran British, telah memudahkan ahli Zionis membina rumah Yahudi di bumi Palestin.

Pada 1948, mandat British berakhir dan kawasan ini menjadi pertikaian dalam ketenteraan di antara penduduk Arab tempatan dan pendatang-pendatang Yahudi. Perbalahan mengakibatkan penubuhan ahli Zionis "Negara Israel" memperolehi 77% kawasan itu dan merampas 900,000 tempat orang-orang Arab, iaitu keturunan Canaanites yang awal, Philistines dan puak Arab menetap di situ selepas kedatangan Islam. Ini telah diikuti oleh satu peperangan pada 1967 yang mengakibatkan "Orang Israel" terus merampas tanah Palestin yang berada di bawah pemerintahan negara berjiran Arab. Semenjak itu, "Israel" mengekalkan tentera di keseluruhan Palestin dan beberapa kawasan Syria, Lebanon dan Mesir. Tetapi tentera-tentera ini menghadapi tentangan berterusan dari pihak awam dan tentera yang membawanya kepada satu slot/bahagian penting dalam berita dan media dunia.

Buku ini akan cuba melihat terus kesemua aspek perjuangan ini, dan memperkenalkan kepada anda Palestin dan penghuninya, Zionis dan ahli Zionis dan segala asal yang telah berlaku selama 80 tahun perbalahan ini.

Pengenalan Pengarang

Segala pujian hanya pada Allah, Tuhan semua makhluk; keamanan dan doa ke atas semua pesuruhNya, atas keluarganya, dan atas semua keturunanya.

Ia amat menggembirakan saya menerbitkan buku ini untuk pembaca saya yang terbahagi kepada tujuh bab yang lengkap, dengan kehendak Allah, dengan jelas dan secara menyeluruh mengambarkan isu penduduk Palestin.

Tidak diragui, terdapat beribu buku-buku dan kajian-kajian mengenai isu dari pelbagai perspektif yang berbeza. Kajian-kajian saintifik, dari satu segi, umumnya meliputi pada sesuatu aspek sahaja. Kajian-kajian metodologi pula, mengkaji isu ini dengan meluas, menyeluruh, dan lengkap; tetapi hanyalah sedikit bilangannya.

Buku ini diklasifikasikan mengikut isu utama penduduk Palestin ke dalam tujuh bab yang membincangkan bumi Palestin, penduduk Palestin, Zionis dan fikiran-fikirannya, politik Israel, demografi, status ekonomi dan ketenteraan, perjuangan Palestin menentang Projek Zionis termasuk perang-perang, revolusi-revolusi, dan intifada-intifada, dan projek-projek keamanan dan kedamaian.

Buku ini sesungguhnya, adalah untuk mereka yang terpelajar atau orang yang bertamadun, pelajar-pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang begitu mengambil berat tentang isu negara Palestin ini. Tambahan pula, ia sesuai, Allah perkenankan, sebagai sebuah buku teks untuk dikaji oleh pelajar-pelajar, kerana ianya ditulis dengan ayat yang mudah, dengan data dan berfakta. Ia, tambahan lagi berdasarkan kepada statistik terkini yang dikeluarkan sejak bermula isu Palestin hingga tahun 2002.

Buku ini ada tertulis oleh seorang pengarang yang begitu percaya bahawa Palestin adalah tanah milik Islam dan Arab, rakyat Palestin berhak ketasnya, dan menjadi hak-hak orang Islam dan orang-orang Arab untuk berusaha keras membebaskan kesucian tanah mereka; Palestin.

Akhir sekali, dengan nama Allah, kita menganggap buku ini sebagai satu pergorbanan kepada-Nya, bersungguh menyayangi-Nya. Secara terbuka saya bersedia menerima sebarang cadangan, komen atau kritikan instruktif.