Penghargaan
Al-Falah dengan bangganya memberikan kepada para pembaca budiman yang ingin mencari kebenaran di dalam subjek ini, kerja penulisan ini telah dimulakan di dalam bahasa Arab dan diterbitkan oleh Arab Media Center di bawah tajuk Dirasat Manhajiyah Fi Al-Qadiyyah Al-Falastiniyyah pada tahun 2003 dan kemudian telah diterbitkan online di laman web landofpalestine . Buku yang ada sekarang ini , telah di lakukan sedikit pengubahsuaian dan perubahan di bahagian subjek dan kandungan berdasarkan versi online.
Al-Falah berasa terhutang budi kepada Dr Mohsen M. Salleh kerana usaha2 beliau dalam menyebarkan kesedaran terhadap isu kritikal ini. Terima kasih dan penghargaan dipanjangkan kepada Arab Media Center kerana terbitan berharga.
Al-Falah ingin mengucapkan terima kasih kepada sidang redaksi yang menyediakan teks untuk terbitan ini iaitu Dr. Abdelahamid Eliwa, Naseema Mall, Ahmad Ammar, Ni’mah Shahir dan Khaled Wady.
Akhirnya, segala pujian2 kepada Allah kerana tanpa pertolonganNya dan petunjukNya, tiada apa yang boleh dicapai.
Pendahuluan
Islam menguat dan menyatukan komuniti Muslim melalui 5 prinsip iaitu Creed of Islam, Syari’ah, budayanya, intergriti Ummah dan keindahah Islam itu sendiri.
Kesatuan Ummah yang merupakan payung yang mana menyatukan semua kaum, puak, bangsa dan negara. Justeru, entiti Ummah menjadi satu jasad. Bilamana salah satu bahagian jasad mengalami kesakitan, bahagian yang lain akan membantu. Muslim saling menbantu sesama Muslim. Bilamana adanya laungan “Wa Islamah”, maka seluruh Muslim akan bangkit. Di bawah perlindungan kesatuan ini, Muslim, di dalam tempoh masa 80 tahun telah menakluk negara lain dan mencapai kecemerlangan yang tidak pernah sama sekali dikecapi oleh kerajaan Rom dalam abad ke-8. Di situ terdapat perbezaan besar antara Muslim yang membebaskan manusia dengan hanya memperhambakan mereka. Muslim di kenali dengan keberanian mereka menentang penjajah dan menghadapi apa jua cabaran yang getir. Mereka telah berjaya menundukkan tentera Salib yang telah melancarkan peperangan Barat terhadap Muslim peringkat antarabangsa yang berakhir dalam 2 dekad, (486-690 A.H) (1096-1291 A.D). Kerajan Tatar telah ditundukkan dan kemudian telah memeluk Islam lalu menjadi sekutu kuat Muslim.
Bersama kejayaan ini, Muslim telah menjadi Ummah yang begitu bertamadun manakala Barat menderita dengan kejahilan, mistik dan hilang punca.
Pada 897 A.H. (1492 A.C), Kolonialisme telah menyerang tanah Muslim bermula dengan rampasan Gharnatah (Granada). Pada tahun 1213 A.H (1798 A.C), Egypt yang merupakan nadi kepada dunia Islam telah di panah oleh kempen jahat Napoleon Bonaparte . Pada tahun 1342 A.H (1924 A.C), Sistem Khalifah telah musnah. Kolonialisme besar-besaran ini telah memecahkan dunia Islam menjadi serpihan. Setiap negara2 daripada Ummah Muslim telah berjuang bagi kemerdekaan masing2. Untuk tujuan menjadi tuan kepada dunia Islam dan menghapuskan sebarang usaha penentangan , maka entiti Zionis telah ditubuhkan di Palestin. Ia telah dan sedang menjadi barah yang memecahbelakan kesatuan umat Islam dan menyekat sebarang usaha2 kebangkitan. Walaupun pengaruh nasionalis telah mula tersebar di kalangan Muslim yang berpendidikan Barat, umat Islam di negara2 Islam tetap berusaha sedaya upaya bagi mengembalikan kesatuan Ummah. Mempertengahkan isu Palestin akan mengembalikan kesatuan negara2 Islam.Ia mewakili pelbagai sudut. Patriotisme rakyat Palestin, Nasionalisme Arab dan kepercayaan Islam. Isu Palestin telah dan akan menjadi perjuangan menentang Kolonial Zionis yang sedang menakluk Masjid Aqsa, al-Quds Sharif dan seluruh Palestin.
Isu Palestin berhubung status Masjid Aqsa sebagaimana masjid2 lain. Ini adalah point utama yang mana umat Islam harus utamakan. Dengan cara ini, benteng patriotisme dapat dipecahkan yang mana boleh menyekat mereka daripada menyokong isu ini.
Buku ini menggariskan dan menerangkan elemen2 penting isu ini. Ia menerangkan fakta2 utama secara politikal , intelek dan bertamadun. Teks yang dihasilkan mudah difahami. Setiap dari mereka yang ingin mencari keadilan dan kebenaran akan memahami mesej ini. Ini adalah tulang belakang permasalahan konfliks ini diceritakan. Buku ini ditulis oleh Dr Mohsen Salleh, dan boleh di katakan sumber maklumat penting kepad isu terpenting yang dihadapi umat Islam sekarang.
Semenjak bahaya Zionis mengancam daerah2 Muslim bermula dari Ghana ke Indonesia dan dari Sungai Volga ke selatan Equador, isu ini menjadi simbolik kepada konfliks di antara Muslim dan musuh Islam di setiap tempat dan masa. Juga , ia merupakan pintu kemenangan Ummah terhadap musuh dan segala cabaran Order Dunia Baru. Ini merupakan misi buku ini. Ia membangkitkan kesedaran, strategi dan point penting isu Palestin terhadap negara, Islam dan peringkat antarabangsa. Kami berdoa pada Allah agar ia memberi faedah kepada para pembaca dan juga memberi balasan berganda kepada penulis.
Dr Muhammad ‘Imarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment