Segala pujian hanya pada Allah, Tuhan semua makhluk; keamanan dan doa ke atas semua pesuruhNya, atas keluarganya, dan atas semua keturunanya.
Ia amat menggembirakan saya menerbitkan buku ini untuk pembaca saya yang terbahagi kepada tujuh bab yang lengkap, dengan kehendak Allah, dengan jelas dan secara menyeluruh mengambarkan isu penduduk Palestin.
Tidak diragui, terdapat beribu buku-buku dan kajian-kajian mengenai isu dari pelbagai perspektif yang berbeza. Kajian-kajian saintifik, dari satu segi, umumnya meliputi pada sesuatu aspek sahaja. Kajian-kajian metodologi pula, mengkaji isu ini dengan meluas, menyeluruh, dan lengkap; tetapi hanyalah sedikit bilangannya.
Buku ini diklasifikasikan mengikut isu utama penduduk Palestin ke dalam tujuh bab yang membincangkan bumi Palestin, penduduk Palestin, Zionis dan fikiran-fikirannya, politik Israel, demografi, status ekonomi dan ketenteraan, perjuangan Palestin menentang Projek Zionis termasuk perang-perang, revolusi-revolusi, dan intifada-intifada, dan projek-projek keamanan dan kedamaian.
Buku ini sesungguhnya, adalah untuk mereka yang terpelajar atau orang yang bertamadun, pelajar-pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang begitu mengambil berat tentang isu negara Palestin ini. Tambahan pula, ia sesuai, Allah perkenankan, sebagai sebuah buku teks untuk dikaji oleh pelajar-pelajar, kerana ianya ditulis dengan ayat yang mudah, dengan data dan berfakta. Ia, tambahan lagi berdasarkan kepada statistik terkini yang dikeluarkan sejak bermula isu Palestin hingga tahun 2002.
Buku ini ada tertulis oleh seorang pengarang yang begitu percaya bahawa Palestin adalah tanah milik Islam dan Arab, rakyat Palestin berhak ketasnya, dan menjadi hak-hak orang Islam dan orang-orang Arab untuk berusaha keras membebaskan kesucian tanah mereka; Palestin.
Akhir sekali, dengan nama Allah, kita menganggap buku ini sebagai satu pergorbanan kepada-Nya, bersungguh menyayangi-Nya. Secara terbuka saya bersedia menerima sebarang cadangan, komen atau kritikan instruktif.
Thursday, July 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment