Thursday, July 19, 2007

Bab 1 - Bumi Palestin

Palestin adalah sebuah kawasan yang terletak di barat daya sebelah Asia; ia bersepadan dengan Lebanon dari sebelah utara, timur laut Syria, timur Jordan, selatan Laut Merah, Sinai dalam barat daya Mesir dan dari barat Laut Mediterranean. Bumi Palestin pertama direkodkan daripada tamadun sejarah manusia di bandar Jericho yang telah ditubuhkan sepuluh ribu tahun dahulu. Semenjak itu, ia telah didiami oleh puak Canaanites dan pendatang-pendatang laut Philistines yang tinggal bersama-sama di situ. Ia selepas itu diserang oleh orang-orang Rom, Yahudi, Moguls, dan mubaligh Kristian.

Sejak abad ketujuh, kebanyakan penduduknya beragama Islam dan bersatu di bawah pemerintahan Islam hingga 1917, tahun kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, apabila Palestin di bawah pentadbiran British, telah memudahkan ahli Zionis membina rumah Yahudi di bumi Palestin.

Pada 1948, mandat British berakhir dan kawasan ini menjadi pertikaian dalam ketenteraan di antara penduduk Arab tempatan dan pendatang-pendatang Yahudi. Perbalahan mengakibatkan penubuhan ahli Zionis "Negara Israel" memperolehi 77% kawasan itu dan merampas 900,000 tempat orang-orang Arab, iaitu keturunan Canaanites yang awal, Philistines dan puak Arab menetap di situ selepas kedatangan Islam. Ini telah diikuti oleh satu peperangan pada 1967 yang mengakibatkan "Orang Israel" terus merampas tanah Palestin yang berada di bawah pemerintahan negara berjiran Arab. Semenjak itu, "Israel" mengekalkan tentera di keseluruhan Palestin dan beberapa kawasan Syria, Lebanon dan Mesir. Tetapi tentera-tentera ini menghadapi tentangan berterusan dari pihak awam dan tentera yang membawanya kepada satu slot/bahagian penting dalam berita dan media dunia.

Buku ini akan cuba melihat terus kesemua aspek perjuangan ini, dan memperkenalkan kepada anda Palestin dan penghuninya, Zionis dan ahli Zionis dan segala asal yang telah berlaku selama 80 tahun perbalahan ini.

No comments: