Geografi dan Iklim
Jumlah keseluruhan kawasan Palestin adalah 27,009 km2, termasuk 704 km2 permukaan air yang adalah terdiri daripada Tasik AL-Hula, Tasik Tiberias dan separuh Laut Mati. Palestin secara umumnya terbahagi kepada empat zon geografi:
1. Pesisir Pantai : ia adalah tanah rata yang sederhana sepanjang Mediterranean daripada utara ke selatan; altitudnya yang tertinggi adalah 180 meter dari aras laut. Ini adalah kawasan yang paling subur di Palestin kerana kedudukannya yang mengalami iklim Mediterranean iaitu empat musim penuh. Ia adalah ideal untuk tanaman buah-buahan dan bunga-bunga yang mana ia terkenal sehingga hari ini.
2. Pergunungan : ia terletak di timur pesisir pantai dan terletak selari dengannya; altitud tertinggi mencecah 1208 meter iaitu Gunung Al-Jarmaq (Meron) di utara Palestin. Kawasan ini lebih sejuk daripada kawasan pantai, tetapi ia masih berada dalam iklim Mediterranean. Walaupun topografinya tidak rata, kawasan ini ideal untuk tanaman bijirin, kekacang, zaitun dan anggur; dan ditanam begitu meluas.
3. Al-Ghour (Lembah Sungai) : ia turut dikenali juga sebagai Lembah Jordan, kerana Sungai Jordan membahagikan ia di sebelah timur dan barat, di sepanjang Jordan dan Palestin. Al-Ghour adalah tanah yang subur dan ideal untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Lembah ini adalah kawasan kering dan terendah di bumi; ianya mencecah 395 meter di bawah paras laut kerana itu begitu banyak Sungai Jordan mengalir ke dalam Laut Mati. Lembah ini kemudian menyusur ke selatan hingga ke Laut Merah sepanjang 460 km2. Laut Mati adalah laut termasin di bumi dan tidak mengandungi satupun bentuk kehidupan laut. Al-Ghour biasanya panas dan kering sepanjang tahun.
4. Kawasan gurun : ia berada di Selatan Palestin, dan dikenali sebagai Gurun Al-Naqab (Negev) dengan Beer Al-Sabe' (Beersheba) sebagai oasis utamanya. Al-Naqab menduduki hampir setengah kawasan Palestin; ia meliputi kawasan di antara timur Al-Khalil (Hebron) dan Barat Gaza dan diperluaskan hingga ke Pantai Laut Merah. Al-Naqab bercuaca panas dan kering dengan sedikit berangin pasir dan beberapa oasis.
Palestin mempunyai permukaan geografinya yang unik dengan empat iklim yang berlainan, dengan terdapat tanah terendah di bumi dan gunung-ganang 1200m altitud atas paras laut, tasik-tasik dan lautan di mana salah satunya mempunyai kepekatan garam yang tertinggi dan tiada ia kehidupan laut di situ. Semua ciri-ciri ini berhimpun di tanah Palestin yang menghubungkan antara Asia dan Afrika, dan keluasan tidak lebih 27,009km2.
Bandaraya Utama
Sejak kewujudan bandar pertama, Jericho pada 8000 Sebelum Masihi, Palestin adalah pusat tamadun-tamadun disepanjang zon-zon geografinya. Kebanyakan aktiviti-aktiviti peradaban adalah tertumpu di pantai dan gunung-gunung, dan berpanjangan sehingga Lembah Jordan, dan hanya sedikit penempatan di padang pasir yang telah didiami oleh Bedouins beribu-ribu tahun dahulu. Bandaraya utama pantai pula adalah Yafa (Jaffa), 'Akka (Ekar), Haifa, Gaza dan Isdod, manakala dipergunungan adalah Al-Quds (Baitulmuqaddis), Al-Khalil (Henron), Ramallah, Nablus, Bethlehem, Nazareth, dan Safad. Bandar utama Lembah Jordan adalah Jericho dan di padang pasir adalah Beer Al-Sabe' (Beersheba).
Thursday, August 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment